JENAYAH_MAHKAMAH > BERITA

Banjir Di Terengganu Pulih

25/11/2025 07:53 PM

KUALA TERENGGANU, 25 Nov (Bernama) -- Banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila kesemua 68 mangsa daripada 24 keluarga di Besut telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu Kolonel Pertahanan Awam (PA) Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata kesemua mereka sebelum itu ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut.

Bagaimanapun, beliau menasihati orang ramai untuk sentiasa berjaga-jaga kerana banjir boleh berlaku pada bila-bila masa ekoran hujan lebat.

“Kita telah menerima amaran daripada Jabatan Meteorologi Malaysia mengenai fasa hujan lebat berikutnya yang bermula semalam (Isnin). Kalau kita tengok sekarang ini pun hujan lebat sering berlaku pada waktu petang dan tengah malam,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Zul Khairi turut menasihati penduduk terutama di kawasan yang sering dilanda banjir supaya sentiasa bersiap sedia untuk berpindah ke PPS terdekat, sekiranya kawasan rumah mereka mula dinaiki air.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan