JENAYAH_MAHKAMAH > BERITA

Mangsa Banjir Di Bukit Payong Pindah Kali Kedua Selepas PPS Dinaiki Air

28/11/2025 10:38 PM

MARANG, 28 Nov (Bernama) -- Sebanyak 538 mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Payong di sini terpaksa dipindahkan ke lokasi lain selepas kawasan itu dinaiki air.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu Mazura Ngah Abd Manan berkata kesemua mangsa dipindahkan ke PPS SK Wakaf Tapai dan SK Paya Resak di sini kira-kira 7 malam tadi.

Beliau berkata kerja-kerja pemindahan dijalankan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu.

“PPS SK Bukit Payong yang dibuka pada 26 Nov terpaksa ditutup selepas turut dinaiki air susulan hujan sangat lebat berterusan sepanjang hari ini.

“Kerja-kerja pemindahan mangsa dilakukan dengan kadar segera dan secara berperingkat oleh anggota penyelamat berkaitan,” katanya ketika dihubungi malam ini.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan