JENAYAH_MAHKAMAH > BERITA

Banjir Pahang: Keadaan Beransur Pulih, Hanya 86 Mangsa Di PPS

23/12/2025 05:10 PM

KUANTAN, 23 Dis (Bernama) -- Situasi banjir di Pahang semakin pulih apabila hanya 86 mangsa daripada 29 keluarga berada di lima pusat pemindahan sementara (PPS) petang ini berbanding 194 mangsa daripada 58 keluarga pagi tadi. 

Menurut aplikasi Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 21 orang daripada enam keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Semangat, Kuantan manakala di Maran sebanyak 35 orang daripada enam keluarga berada di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian. 

Selain itu, 30 mangsa daripada 17 keluarga di Pekan berlindung di tiga PPS iaitu Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Sekolah Kebangsaan Pulau Manis dan Dewan Orang Ramai Air Hitam. 

Laman web infobanjir pula melaporkan setakat 3 petang ini paras Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan masih melepasi aras bahaya.

Hujan lebat berterusan minggu lepas mengakibatkan beberapa daerah di Pahang dilanda banjir dan mangsa yang dipindahkan ke PPS direkodkan melebihi 13,000 orang. 

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan