JENAYAH_MAHKAMAH > BERITA

PPS Di Segamat Ditutup, Banjir Johor Pulih Sepenuhnya

07/01/2026 03:25 PM

JOHOR BAHRU, 7 Jan (Bernama) -- Situasi banjir di Johor kini dilaporkan pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di daerah Segamat ditutup pada 2 petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Asman Shah Abd Rahman, berkata PPS berkenaan adalah Balai Raya Kampung Batu Badak yang telah dibuka sejak 28 Dis lalu, dan semua mangsa kini dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Pada pagi tadi, PPS tersebut masih menempatkan 25 mangsa daripada lapan keluarga.

Sebelum ini, banjir yang melanda Johor terutamanya di daerah Segamat telah menjejaskan beberapa kawasan, termasuk Jementah, Buloh Kasap, Tenang serta Pemanis.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan