KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus meningkat dengan keseluruhan 10,647 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu setakat 6 petang tadi.
Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 6,718 orang daripada 1,825 keluarga berbanding 5,385 orang pagi tadi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, kesemua mereka ditempatkan di 49 PPS di negeri itu dengan Bintulu merekodkan jumlah mangsa teramai iaitu 1,888 orang, diikuti Serian (1,501) dan Tatau (1,045).
Di SABAH, jumlah mangsa di negeri itu meningkat kepada 3,929 mangsa daripada 1,365 keluarga pada petang ini berbanding 2,240 mangsa pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan 29 PPS dibuka di 10 daerah dengan Kota Marudu menjadi daerah paling ramai mangsa banjir iaitu 2,355 orang.
Ia diikuti Pitas dengan 379 mangsa, Lahad Datu (316), Telupid (243), Beluran (177), Kota Belud (162), Sandakan (118), Beaufort (102), Tongod (54) dan Paitan merekodkan 23 penduduk terjejas.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial