AM

Banjir Di Sarawak Dan Sabah Kian Pulih Petang Ini

12/02/2025 06:34 PM

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Situasi banjir di Sarawak dan Sabah kian pulih dengan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu setakat petang ini hanya 897 orang berbanding 1,086 orang pagi tadi. 

Di SARAWAK, hanya lima PPS masih beroperasi setakat petang ini yang menempatkan 421 mangsa berbanding 609 mangsa pagi tadi, dengan dua PPS telah ditutup.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan PPS di Stadium Muhibbah Bintulu dan di Dewan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ditutup masing-masing pada 3 petang dan 1 tengah hari tadi.

Daripada lima PPS yang beroperasi, masing-masing dua di Mukah yang menempatkan 208 mangsa dan di Miri dengan 210 mangsa manakala satu di Sibu dengan tiga mangsa.

Di SABAH pula, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir berkurang kepada 476 orang daripada 144 keluarga pada 4 petang ini berbanding 477 orang daripada 145 keluarga pagi tadi.

Sebanyak 302 orang daripada 99 keluarga ditempatkan di dua PPS yang beroperasi di Beaufort dan 174 orang (45 keluarga) di dua PPS daerah Kinabatangan.

Menurut kenyataan itu keadaan banjir semakin pulih dan trend pemindahan mangsa banjir di Kinabatangan menurun manakala di Beaufort kekal.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan