GEORGE TOWN, 12 Feb (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki berumur 55 tahun kerana disyaki mencabul seorang wanita di Pasar Balik Pulau, di sini semalam.
Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira 9.55 pagi dan suspek ditahan di rumahnya di Titi Teras pada 4 petang oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Barat Daya, susulan laporan dibuat mangsa.
Sementara itu, polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan memaklumkan berdasarkan fakta kes, pengadu (mangsa) mendakwa telah dicabul ketika berada di pasar berkenaan.
“Pengadu telah menyedari seorang lelaki telah mencabulnya dari arah belakang. Kejadian itu turut disaksikan oleh dua perempuan,” menurut kenyataan itu di Facebook malam ini.
Suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial