AM

UiTM, ACMAR FHP Group Meterai MoU Majukan Inisiatif Akademik, Profesional

18/02/2025 11:43 PM

SHAH ALAM, 18 Feb (Bernama) -- Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan ACMAR FHP Group Berhad hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) mengenai kerjasama strategik bertujuan memajukan inisiatif akademik, profesional dan kemasyarakatan institusi pendidikan tinggi itu. 

UiTM dalam kenyataan memaklumkan MoU itu menandakan komitmen universiti untuk memperluas kerjasama industri sekali gus meningkatkan peluang pembangunan pelajar menerusi program latihan industri, projek penyelidikan dan program pembangunan profesional. 

"MoU ini bukan sahaja memfokuskan pada inisiatif pertumbuhan akademik dan profesional pelajar, tetapi juga menekankan komitmen bersama terhadap kerjasama penyelidikan untuk memajukan pengetahuan dan inovasi industri. 

“Selain itu, kerjasama berkenaan turut merangkumi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memfokuskan program-program kesejahteraan masyarakat di seluruh Malaysia," menurut kenyataan itu. 

Pemeteraian dokumen itu menjadikan UiTM institusi pendidikan pertama menjalinkan kerjasama dengan ACMAR FHP Group Berhad. 

MoU berkenaan ditandatangani Naib Canselor UiTM Profesor Datuk Ts Dr Shahrin Sahib @ Shahibuddin dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Acmar Group Johnson Tee. 

-- BERNAMA 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan