Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, sejajar dengan prestasi minyak kacang soya yang lemah di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata peniaga minyak sawit David Ng.
Beliau berkata sentimen pasaran turut terjejas oleh jangkaan permintaan lembap dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
“Kami menjangka harga MSM akan mendapat sokongan pada RM4,280 satu tan dan paras halangan pada RM4,500 satu tan,” katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, kontrak Mac 2025 merosot RM82 kepada RM4,600 satu tan, April 2025 berkurangan RM129 kepada RM4,456 satu tan dan Mei 2025 susut RM135 kepada RM4,349 satu tan.
Jun 2025 merosot RM131 kepada RM4,251 satu tan, Julai 2025 berkurangan RM119 kepada RM4,171 satu tan dan Ogos 2025 susut RM107 kepada RM4,124 satu tan.
Jumlah dagangan meningkat kepada 91,888 lot daripada 50,914 lot semalam manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 238,082 kontrak daripada 241,061 kontrak sebelum ini.
Harga MSM fizikal bagi Mac Selatan merosot RM100 kepada RM4,700 satu tan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial