JENAYAH & MAHKAMAH

Pelajar Tingkatan Dua Meninggal Dunia Selepas Pengsan Semasa Ke Kantin

15/03/2025 09:15 AM

MELAKA, 15 Mac ( Bernama) -- Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah di sini, meninggal dunia selepas pengsan ketika berjalan ke kantin pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata kejadian berlaku kira-kira 10.30 pagi ketika waktu rehat, dan pelajar tingkatan dua bukan Islam itu yang juga atlet bola tampar sekolah sedang berjalan ke kantin.

“Mangsa tiba-tiba pengsan berhampiran padang sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan. 

“Bantuan pernafasan (CPR) turut diberikan selama 30 minit namun gagal menyelamatkan nyawa dan doktor yang merawatnya mengesahkan pelajar berkenaan meninggal dunia,” katanya kepada pemberita malam tadi.

Beliau berkata sebelum kejadian pelajar berkenaan dikatakan mengikuti kelas pendidikan jasmani pada waktu pagi dan tiada unsur jenayah dikesan.

“Kita sedang menunggu laporan lengkap makmal untuk mengetahui punca kematian dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan