AM

Hujan Berterusan Di Sabah, Sarawak, Labuan,timur Semenanjung Hingga 23 Mac

17/03/2025 03:42 PM

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) --  Sarawak, Sabah, Labuan dan timur Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan hingga 23 Mac ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun dijangka berterusan hingga tarikh berkenaan  yang berpotensi menyebabkan hujan dan angin kencang serta laut bergelora di Laut China Selatan.

“Sehubungan itu, MetMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) yang melibatkan Sarawak berkuat kuasa pada 18 hingga 20 Mac, serta amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa pada 18 hingga 21 Mac,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihati orang awam untuk sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan