LABUAN, 17 Mac (Bernama) -- Seorang peniaga kecil didenda RM90,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan memiliki barang kawalan berjadual iaitu 44,000 liter diesel tanpa lesen sah, dua tahun lepas.
Hakim Marlina Ibrahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Tee Neng Yee, 33, selepas dia membuat pengakuan menyimpan 40,000 liter dan masing-masing 2,000 liter dalam tangki flexi serta IBC di sebuah kawasan perindustrian di Kampung Sungai Bangat di sini pada jam 1 tengah hari, 27 Mac 2023.
Tertuduh dikenakan hukuman denda RM60,000 atau penjara 12 bulan bagi pertuduhan pertama serta denda RM15,000 atau penjara enam bulan bagi setiap pertuduhan kedua dan ketiga.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) yang dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 22(1) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Md Syafique Md Hilmie daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan, manakala tertuduh diwakili peguam bela dari Tetuan Ehsan & Yeo.
Tertuduh bagaimanapun membayar denda tersebut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial