AM

e-Ansuran LHDN Boleh Diakses Di Portal MyTax

18/03/2025 11:52 AM

PUTRAJAYA, 18 Mac (Bernama) -- Perkhidmatan permohonan ansuran untuk bayaran baki cukai atau tunggakan cukai secara dalam talian melalui e-Ansuran telah boleh diakses menerusi Portal MyTax bermula 5 Mac lepas.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan inisiatif itu diperkenalkan bagi memudahkan pembayar cukai membuat permohonan ansuran baki cukai atau tunggakan cukai dan mendapatkan kelulusan secara automatik tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan. 

Menurut LHDN, antara kriteria pembayar cukai yang layak untuk memohon e-Ansuran ialah jumlah amaun permohonan melebihi RM300 dan ke atas dan jumlah bilangan ansuran dua hingga enam kali sahaja.

"Kriteria lain ialah melibatkan ansuran cukai pendapatan sahaja dan tidak melibatkan ansuran yang sedang berkuat kuasa," menurut LHDN dalam kenyataan hari ini.

Pembayar cukai boleh mengakses perkhidmatan e-Ansuran dengan log masuk ke portal MyTax menerusi pautan https://mytax.hasil.gov.my/ dan memilih peranan yang berkaitan (Individu / Pengarah / Wakil Pengarah).

Sebagai maklumat tambahan, sebarang pembatalan permohonan e-Ansuran hanya boleh dilakukan di pejabat LHDN.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan