BERITA TERGEMPAR   Malaysia as ASEAN Chair 2025 extends deepest condolences to Myanmar, Thailand and their people following the deadly quake that hit the region on Friday | 
 AM

Banjir Di Johor Beransur Pulih, Mangsa Berkurang Kepada 405 Orang

27/03/2025 09:02 AM

JOHOR BAHRU, 27 Mac (Bernama) -- Situasi banjir di Johor beransur pulih dengan jumlah mangsa berkurang kepada 405 orang setakat pukul 8 pagi ini, berbanding 909 orang yang direkodkan, semalam. 

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan semua mangsa daripada 116 keluarga, berlindung di lima PPS di dua daerah terjejas iaitu Batu Pahat dan Pontian.

“Daerah Batu Pahat mencatatkan 364 mangsa daripada 107 keluarga, sementara Pontian pula merekodkan 41 orang daripada sembilan keluarga.

“Lima PPS yang masih beroperasi ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya dan SK Sinaran Tampok, Pontian; serta Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading, SK Sri Comel dan Dewan Orang Ramai Tongkak Pechah di Batu Pahat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata keadaan cuaca di kesemua 10 daerah di negeri itu dijangka cerah pada pagi ini. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan