AM

Banjir Di Keningau Pulih

28/03/2025 07:16 PM

KOTA KINABALU, 28 Mac (Bernama) -- Semua mangsa banjir yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Dato Angian Andulag, Apin-Apin, Keningau dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini.

Pegawai Daerah Peter Jonu @ Peter J.Moinjil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) mengisytiharkan penutupan PPS itu pada 2 petang tadi selepas dibuka semalam.

"Berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa kejadian bencana telah pulih sepenuhnya," katanya menerusi kenyataan.

Semalam, seramai 36 orang mangsa banjir daripada 12 keluarga ditempatkan di PPS itu selepas kampung di sekitar Sungai Pagalan dilanda banjir.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan