Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan kenaikan tiga hari berturut-turut dan sentimen pelabur dipengaruhi oleh kejadian gempa bumi di Myanmar, gegarannya turut dirasai di Thailand, kata Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 1.44 peratus atau 22.08 mata kepada 1,513.65, paras terendah harian daripada 1,535.73 ketika ditutup pada Khamis.
Indeks penanda aras itu dibuka 4.16 mata rendah pada 1,531.57 dan mencatat paras tertinggi harian pada 1,533.51 ketika sesi tengah hari.
Suasana pasaran juga negatif, dengan kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 563 berbanding 395, manakala 408 kaunter tidak berubah, 1,106 tidak diniagakan dan 133 digantung.
Jumlah dagangan turun kepada 2.25 bilion unit bernilai RM2.13 bilion daripada 2.52 bilion unit bernilai RM2.41 bilion pada Khamis.
Thong berkata bahawa FBM KLCI juga terjejas oleh aktiviti pengambilan untung dan jualan serantau yang meluas.
“Kami percaya sentimen pelabur terjejas semasa sesi penutup dagangan berikutan berita gempa bumi di Myanmar dan Thailand.
"Walaupun berita gempa bumi mungkin mencetuskan jualan jangka pendek, kami percaya sebahagian besarnya disebabkan tindakan mengambil keputusan secara tergesa-gesa. Pelabur harus sentiasa berhati-hati terhadap sebarang perkembangan terbaharu dan implikasi ekonomi yang berpotensi akan berlaku.
“Indeks serantau juga mencatatkan prestasi negatif, diheret oleh penurunan dalam saham automotif dan teknologi apabila sentimen pasaran terjejas selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengesahkan semula rancangan untuk melaksanakan tarif 25 peratus terhadap automotif mulai minggu depan,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata pasaran tempatan didorong oleh pengambilan untung berikutan kenaikan kukuh pada sesi sebelumnya dan menjelang cuti umum Hari Raya Aidilfitri minggu depan.
"Saham pengguna mendahului penurunan tersebut walaupun indeks sektor itu kekal positif pada asas Jumaat ke Jumaat, mencerminkan daya tahan asas walaupun mengalami kerugian hari ini," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank jatuh 7.0 sen kepada RM4.42, CIMB Group merosot 13.0 sen kepada RM7.00, Tenaga Nasional berkurangan 18.0 sen kepada RM13.38 dan Maybank menguncup 24.0 sen RM10.12, bagaimanapun IHH Healthcare meningkat 1.0 sen kepada RM6.92.
Bagi saham aktif, Hi Mobilty, kemunculan kali pertama di Pasaran Utama naik 11.0 sen kepada RM1.33, Permaju Industries menambah 1.0 sen to 4.0 sen, Pertama Digital melonjak 0.5 sen kepada 11.5 sen, manakala Sapura Energy tidak berubah pada 4.5 sen dan NexG jatuh 1.0 sen kepada 24.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas jatuh 148.15 mata kepada 11,348.04, Indeks FBMT 100 merosot 154.43 mata kepada 11,103.12 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 123.74 mata kepada 11,124.41, Indeks FBM 70 susut 196.74 mata kepada 16,276.09, manakala Indeks FBM ACE naik 51.53 mata kepada 4,808.92.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 287.54 mata kepada 18,384.21, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.71 mata kepada 153.27, Indeks Tenaga merosot 1.45 mata kepada 757.98 dan Indeks Perladangan berkurangan 3.58 mata kepada 7,437.73.
Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 1.43 bilion unit bernilai RM1.97 bilion daripada 1.20 bilion unit bernilai RM2.14 bilion pada Khamis.
Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 523.75 juta unit bernilai RM77.89 juta daripada 1.03 bilion unit bernilai RM168.18 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 287.90 juta unit bernilai RM84.44 juta berbanding 285.39 juta unit bernilai RM101.15 juta sebelumnya.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 332.94 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (205.93 juta), pembinaan (95.63 juta), teknologi (171.13 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (112.81 juta), hartanah (93.05 juta), perladangan (22.17 juta), REIT (11.97 juta), dana tertutup (7,200), tenaga (140.60 juta), penjagaan kesihatan (67.26 juta), telekomunikasi dan media (45.56 juta), pengangkutan dan logistik (61.23 juta).), utiliti (75.75 juta) dan amanah perniagaan (9,200).
Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan ditutup pada Isnin dan Selasa (31 Mac dan 1 April) depan bersempena cuti umum Aidilfitri, tertakluk kepada pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial