AM

Kanak-kanak Meninggal Dunia Kemalangan Di Terowong Menora

31/03/2025 11:51 AM

IPOH, 31 Mac (Bernama) -- Seorang kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta di Kilometer 264. 7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke selatan di Terowong Menora petang semalam. 

Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh (BPP) dalam laman Facebooknya memaklumkan kemalangan itu turut menyebabkan seorang wanita dan lelaki cedera parah. 

"Pos kawalan Menora menerima panggilan kecemasan pada 6.45 petang. 

"Seorang kanak-kanak didapati meninggal dunia di tempat kejadian," menurut kenyataan itu. 

Mangsa yang parah diberi rawatan awal oleh unit EMRS dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut. 

Terdahulu, video nahas berkenaan tular di media sosial. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dalam kenyataan memaklumkan mangsa yang maut ialah Nairai Falisha Abdul Rahman berusia dua tahun manakala ibu dan bapanya  Abdul Rahman Abdul Rahim, 29, dan  Nur Fatihah Badrul Hisham, 25, cedera parah.

Abang Zainal berkata Bezza yang dipandu bapa mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan masuk ke dalam longkang.

-- BERNAMA 

 

 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan