SIBU, 31 Mac (Bernama) -- Seorang warga emas yang dilaporkan hilang selepas turun memeriksa pukat di Sungai Kanowit, Nanga Julau pada Sabtu lepas ditemukan lemas hari ini.
Penduduk rumah panjang yang menyertai operasi mencari dan menyelamat menemukan mayat Chong Yik Teck, 75, pada 11.20 pagi di tebing sungai kira-kira lima kilometer dari lokasi perahunya yang sebelum ini dijumpai ditambat.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, operasi hari ketiga bermula pada 8 pagi tadi dengan menggunakan lapan perahu milik penduduk rumah panjang.
Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang terjatuh dari sebuah bot ekspres di muara Sungai Paloh, Bahagian Mukah, pada Sabtu lepas masih diteruskan.
Awang Indera Awang Mahmud, 45, dilaporkan terjatuh dari bot terbabit kira-kira pukul 1.20 tengah hari.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial