JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki Warga Myanmar Ditemukan Lemas

07/04/2025 11:13 PM

SEREMBAN, 7 April (Bernama) -- Seorang lelaki warga Myanmar ditemukan lemas di tebing Sungai Kampung Sega Hilir Lombong Rantau petang tadi dengan jarak 3.5 kilometer dari lokasi mangsa didapati terjatuh ketika menjala ikan semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata usaha pencarian mangsa berusia 35 tahun itu mengambil masa lebih 24 jam disebabkan faktor hujan yang menyebabkan arus sungai deras di kawasan berkenaan.

“Hasil operasi itu, mangsa ditemui pada 4.55 petang tadi dan mayat dihantar ke Hospital Rembau untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata seramai 49 anggota polis bersama pihak bomba dan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) membantu proses pencarian di kawasan sekitar sungai berkenaan.  

Terdahulu, seorang lelaki warga Myanmar dilaporkan dikhuatiri lemas ketika menjala ikan di sungai berhampiran Loji Rawatan Air Sungai Linggi di sini bersama adik serta dua rakannya petang semalam.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan