AM

Agong, Raja Permaisuri Zahirkan Ucapan Tahun Baharu Tamil

13/04/2025 01:48 PM

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Vaisakhi dan Tahun Baharu Tamil kepada seluruh masyarakat Sikh dan Tamil di negara ini.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut bertitah bahawa keharmonian dalam kalangan rakyat tanpa mengira agama dan bangsa, adalah tunjang kemakmuran negara.

“Moga tahun ini membawa kegembiraan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua yang meraikannya,” titah Seri Paduka Baginda.

Tahun Baharu Tamil akan disambut esok, dengan komuniti Tamil akan meraikan Chittirai Puthandu, masyarakat Malayalee menyambut Vishu, manakala kaum Sikh akan memperingati Vaisakhi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan