JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Buru Lelaki Kes Samun Rantai Emas Bersenjata Parang

22/04/2025 10:27 AM

SHAH ALAM, 22 April (Bernama) -- Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai bunga di Jenjarom, Kuala Langat semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat DSP Mohd Sufian Amin berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita pada 4.50 petang yang mendakwa disamun ketika bersama anaknya di kedai bunga berkenaan sekitar pukul 1.30 tengah hari.

Menurut laporan, mangsa didatangi sekumpulan lelaki yang disyaki warga tempatan menggunakan sebuah kereta Proton Saga berwarna putih dalam keadaan kepala bertutup dan bersenjatakan parang.

“Lelaki berkenaan mengacukan parang kepada mangsa sebelum meragut rantai emas pada leher pengadu yang dianggarkan bernilai RM4,000 sebelum melarikan diri,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Sufian berkata mangsa dan anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan