AM

Tengku Mahkota Kelantan Dimasyhurkan Sebagai Pro-Canselor UMK

05/05/2025 08:03 PM

BACHOK, 5 Mei (Bernama) -- Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berkuat kuasa hari ini.

Pemasyhuran berkenaan dipersembahkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sempena Istiadat Pemasyhuran Pro-Canselor dan Konvokesyen UMK ke-14 yang berlangsung di UMK Kampus Bachok di sini hari ini.

Pada istiadat itu, Tengku Muhammad Fakhry turut berkenan menyampaikan ijazah kepada 123 graduan UMK pada sidang pertama konvokesyen melibatkan 53 graduan Ijazah Doktor Falsafah, 44 graduan Ijazah Sarjana Mod Penyelidikan dan 22 Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan serta empat Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA).

  Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan