AM

Seniwati Legenda Sophia Ibrahim Meninggal Dunia

05/05/2025 11:37 PM

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Seniwati Sophia Ibrahim hari ini meninggal dunia pada usia 77 tahun di sebuah hospital swasta pada 7.15 malam akibat asma.

Berita pemergian Sophia disahkan sendiri oleh anaknya, Hairie Kool atau nama sebenarnya Mohd Khairi Yaacob ketika dihubungi Bernama.

"Ya, ibu saya telah menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta di Ampang. Petang tadi ibu batuk teruk dan sukar bernafas, saya terus membawanya ke sini (pusat perubatan swasta). Ibu memang menghidap asma," katanya.

Beliau berkata jenazah ibunya dijangka disolatkan di Surau Al Hijrah, Taman Bolton, Batu Caves sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda di sini pada kira-kira 11 pagi esok.

Sophia mula aktif dalam dunia lakonan seawal usia 15 tahun menerusi filem Ragam P. Ramlee (1964) sebelum menyerlah dengan filem seperti Dr Rushdi, Cinta 200 Ela, Pontianak Harum Sundal Malam dan Puteri Impian.

Allahyarham merupakan anak sulung daripada 10 beradik termasuk Datuk Khadijah Ibrahim dan Allahyarham Latif Ibrahim.

Pada Ogos tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada seniwati legenda itu bagi meringankan kos perubatan selepas beliau mengalami katarak.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan