SUKAN

Sepak Takraw Piala Asia 2025: Hasrat Malaysia Raih Juara Berganda Tidak Kesampaian

13/05/2025 12:13 AM

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Hasrat Malaysia untuk meraih kejuaraan berganda tidak kesampaian apabila tewas kepada musuh tradisi, Thailand, dalam acara double pada kejohanan sepak takraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa di sini malam ini.

Malaysia yang diwakili gandingan Muhammad Noraizat Nordin dan Muhammad Redwan Hakim Muhammad turun dengan aksi cemerlang untuk mendominasi set pertama dengan 15-7.

Bagaimanapun, Thailand yang membariskan Sirisak Analoon dan Tanaphon Sapyen yang menggantikan Boonkom Tipwong, bangkit menguasai set kedua dengan 15-10 sebelum melengkapkan kemenangan dengan 15-12.

Kekalahan malam ini menyaksikan Malaysia masih belum berjaya menjinakkan gergasi sepak takraw dunia itu, selepas tewas dalam saingan peringkat kumpulan pada Sabtu lepas.

Terdahulu, Malaysia muncul juara acara kuadran selepas mengecewakan Jepun 2-0.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan