ISTANBUL/ANKARA, 19 Mei (Bernama-Anadolu) -- Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden disahkan menghidap kanser prostat yang kini telah merebak ke tulang, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik kenyataan pejabat peribadinya pada Ahad.
"Minggu lalu, Biden menjalani pemeriksaan selepas mengalami gejala kesukaran membuang air kecil.
"Walaupun keadaan ini menunjukkan kanser jenis agresif, namun ia masih sensitif terhadap hormon sekali gus membolehkan ia dikawal dengan berkesan," menurut pejabat Biden.
Pejabat itu memaklumkan bahawa Biden, 82, dan keluarganya kini sedang meneliti pilihan rawatan bersama pasukan perubatannya.
Presiden AS, Donald Trump turut memberikan reaksi terhadap perkhabaran itu menerusi platform Truth Social miliknya.
“Melania dan saya berasa sedih mendengar tentang diagnosis perubatan terkini Joe Biden.
“Semoga Jill (isteri Biden) serta seluruh keluarganya tabah melalui ujian ini dan kami mendoakan agar beliau segera pulih,” katanya.
Biden pernah berkhidmat sebagai Presiden AS dari 2021 hingga 2025.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial