SUKAN

Jelajah Dunia BWF: Aaron-Wooi Yik Menang Aksi Pertama

18/12/2025 12:58 AM

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik membuka tirai kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dengan cemerlang selepas menewaskan gandingan Indonesia Muhammad Shohibul Fikri-Fajar Alfian dalam saingan Kumpulan B di Hangzhou, China hari ini.

Pasangan di ranking kedua dunia itu bangkit daripada kekalahan set pertama untuk melakar kemenangan 22-24, 21-18, 21-19 dalam tempoh 83 minit.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris itu akan turun menentang pasangan China Liang Wei Keng-Wang Chang esok dalam misi memburu kemenangan kedua bagi mencerahkan peluang mara ke separuh akhir.

Sementara itu, satu lagi beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun tunduk kepada pasangan Indonesia Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani 21-23, 19-21.

Wei Chong-Kai Wun akan bertemu pasangan Taiwan Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin pada aksi kedua Kumpulan A esok.

Mengikut format perlawanan, dua beregu terbaik setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir yang dijadual berlangsung Sabtu ini.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan