JENAYAH & MAHKAMAH

Dua Remaja Cedera Motosikal Dihempap Pokok Tumbang

20/12/2025 11:37 PM

GEORGE TOWN, 20 Dis (Bernama) -- Dua remaja cedera ringan selepas motosikal dinaiki dihempap sebatang pokok tumbang berhampiran sebuah hotel di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata kejadian sekitar 7 malam itu turut melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux, namun pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan. 

“Insiden melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah pacuan empat roda dan sebuah motosikal dinaiki dua remaja lelaki dan perempuan masing-masing berusia 17 dan 12 tahun dengan kedua-dua mereka cedera ringan manakala lelaki berusia 64 tahun yang memandu Hilux tidak cedera.

“Kedua-dua mangsa yang cedera telah diberikan rawatan awal oleh anggota di lokasi sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata Pasukan Keluaran Operasi (PKO) telah membuat size up di lokasi dan menjalankan kerja-kerja pemotongan serta pembersihan sisa pokok tumbang menggunakan peralatan khas sebelum operasi ditamatkan pada 7.57 malam.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan