PUTRAJAYA, 20 Dis (Bernama) -- Lebih 100 jemaah hadir menunaikan solat jenazah Allahyarhamha Halimah Yaacob, iaitu ibu kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa yang meninggal dunia malam ini.
Solat jenazah di Masjid Mahmoodiah, Presint 18 di sini diimamkan anak Allahyarhamha Dr Mohd Shafie Mustafa selepas Halimah dimandi dan dikafankan di masjid sama.
Selain Dr Zaliha dan ayahnya Mustafa Mohd Salleh, 91, turut bersama-sama menunaikan solat jenazah itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) Dr Khairul Nizam Othman serta ahli keluarga.
Jenazah kemudian dibawa pulang ke kampung halaman di Johor dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ar-Raudha Saleng, Kulai kira-kira 8 pagi esok.
Allahyarhamha meninggal dunia pada usia 77 tahun di kediaman Dr Zaliha di sini akibat pelbagai penyakit termasuk kencing manis dan darah tinggi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial