SUKAN

Ranking Harimau Malaya Jatuh Lima Anak Tangga, Kini Di Kedudukan Ke-121

22/12/2025 09:06 PM

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Ranking Harimau Malaya turun ke kedudukan 121 dunia dalam ranking terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Berdasarkan kemas kini terbaharu hari ini, Harimau Malaya mengumpul 1,145.9 mata, jatuh lima anak tangga berbanding ke-116 dunia sebelum ini.

Penurunan ranking itu susulan keputusan FIFA untuk membatalkan dua kemenangan ke atas Singapura pada 4 Sept dan Palestin (8 Sept) manakala satu keputusan seri menentang Cape Verde (29 Mei) selepas Malaysia didapati menurunkan pemain yang tidak layak.

Sehubungan dengan itu, FIFA membuat keputusan Malaysia diisytihar kalah dengan jaringan 0-3 bagi ketiga-tiga perlawanan terbabit.

Selain pengisytiharan kekalahan, FAM turut dikenakan denda sebanyak CHF10,000 (kira-kira RM51,414).

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan