POLITIK

Keahlian Tiga ADUN PAS Perlis Terhenti Serta-merta

25/12/2025 12:08 AM

KANGAR, 24 Dis (Bernama) -- Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS di Perlis, diisytiharkan terhenti keahlian mereka serta-merta sebagai ahli parti itu berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan PAS (Pindaan 2025).

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan malam ini memaklumkan mereka ialah ADUN Chuping Saad Seman, ADUN Bintong Fakhrul Anwar Ismail dan ADUN Guar Sanji Mohd Ridzuan Hashim.

Beliau berkata ketetapan itu dibuat pada Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang hari ini.

“PAS akan memaklumkan ketetapan ini secara rasmi kepada YB Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis bagi tujuan memenuhi Perkara 50A(1)(a)(ii) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) 2022 serta-merta,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Perikatan Nasional di Perlis didakwa telah bertemu Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dengan majoriti, untuk menyatakan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Menteri Besar Mohd Shukri Ramli.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan