KUANTAN, 4 Jan (Bernama) -- Polis menahan tujuh lelaki kerana disyaki memiliki air ketum di Kampung Sarang Tiong, Tanjung Gemok, Rompin, semalam.
Ketua Polis Daerah Rompin Supt Sharif Shai Sharif Mondoi berkata kesemua suspek yang bekerja sendiri dan berusia lingkungan 23 hingga 53 tahun itu ditahan sepasukan polis pada 2 petang.
“Semasa serbuan berkenaan mereka didapati sedang memproses dan minum air ketum,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sharif Shai berkata hasil serbuan itu polis turut merampas 100 bungkus air ketum yang disyaki untuk dijual bagi pasaran tempatan.
Empat daripada tujuh suspek berkenaan mempunyai rekod lampau dan kesemua mereka kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial