JOHOR BAHRU, 9 Feb (Bernama) -- Polis menahan empat remaja lelaki bagi membantu siasatan kejadian buli di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee di sini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kesemua mereka berusia 14 dan 15 tahun direman empat hari bermula semalam hingga Rabu ini.
"Kertas siasatan (IP) akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat. Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, tular satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 21 saat memaparkan perbuatan buli membabitkan beberapa remaja lelaki.
Sebelum ini, Raub memohon kerjasama mangsa, waris atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian agar tampil membuat laporan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial