IPOH, 1 April (Bernama) -- Seorang nelayan yang dilaporkan hilang ketika melakukan kerja-kerja pemeriksaan kipas bot di sungai di Pelantar B10, Jalan Tepi Sungai dekat Hutan Melintang semalam, ditemukan lemas pagi ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.28 petang semalam.
Beliau berkata mangsa dipercayai hilang ketika menjalankan kerja di atas bot, sebelum pasukan bomba melancarkan operasi mencari dan menyelamat.
"Mangsa, Pee Kian Kok, 55, ditemukan kira-kira 10 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang, selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung semula pagi ini dengan kaedah ‘surface searching’.
"Mayat ditemukan pada 8.07 pagi oleh anggota bomba sebelum dibawa naik ke darat, dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Terdahulu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang bersama Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Teluk Intan menerima panggilan kecemasan berkenaan kehilangan mangsa pada 4.28 petang semalam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial