PASARAN > BERITA

HARGA HADAPAN EMAS DITUTUP LEBIH TINGGI DIRANGSANG OLEH PERMINTAAN SELAMAT

04/10/2024 07:47 PM

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives melantun untuk ditutup lebih tinggi pada hari ini selepas disangga oleh permintaan yang stabil.

Menurut seorang peniaga, pelabur berpusu-pusu membeli emas sebagai aset selamat, memacu permintaan serta harganya di tengah-tengah konflik yang meningkat di Timur Tengah dan sentimen berhati-hati yang timbul menjelang pengumuman data senarai upah bukan perladangan Amerika Syarikat yang kritikal menjelang lewat malam ini.

Kontrak niaga hadapan emas bulan semerta Oktober 2024 meningkat kepada US$2,669.80 setiap auns troy berbanding US$2,655.80 setiap auns troy yang disaksikan semalam, manakala November 2024 menokok kepada US$2,691.10 setiap auns troy daripada US$2,677.60.

Sementara itu, kontrak Disember 2024, Januari 2025 dan Februari 2025 semuanya berakhir lebih tinggi pada US$2,691.60 setiap auns troy berbanding US$2,677.60 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan melonjak kepada 33 lot daripada tiga lot manakala kepentingan terbuka naik  kepada 67 kontrak daripada 20 kontrak.

Berdasarkan penetapan petang London Bullion Market Association pada 3 Okt, harga emas fizikal berada pada US$2,647.65 setiap auns troy.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan