PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP RENDAH

13/11/2024 10:04 PM

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, mengakhiri kenaikan beberapa hari lepas berikutan kadar eksport yang lebih perlahan menjejaskan harga, kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata sentimen pasaran terus dipengaruhi oleh niaga hadapan minyak sawit yang lemah di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT).

"Kami mengesan paras sokongan pada RM4,950 dan paras halangan pada RM5,100 satu tan," katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta November 2024, Disember 2024 dan Januari 2025 masing-masing susut RM39 kepada RM5,185, RM5,037 dan RM4,987.

Kontrak Februari 2025 turun RM29 kepada RM4,931 satu tan, Mac 2025 merosot RM16 kepada RM4,837 dan April 2025 susut RM5 kepada RM4,722.

Jumlah dagangan melonjak kepada 166,266 lot daripada 131,965 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka naik kepada 396,466 kontrak daripada 239,980 kontrak sebelum itu.

Harga MSM bagi November Selatan kekal pada RM5,200 satu tan.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan