PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN MSM DIJANGKA ALIRAN MENURUN MINGGU DEPAN SUSULAN PENGAMBILAN UNTUNG

08/02/2025 10:33 AM

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menurun sedikit minggu depan susulan peniaga terlibat dalam aktiviti pengambilan untung berikutan kenaikan harga baru-baru ini, kata peniaga minyak sawit David Ng.

"Kami menjangkakan komoditi berkenaan diniagakan antara RM4,380 dan RM4,600 (setiap tan)," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Peniaga Kanan Minyak Sawit Interband Group of Companies Jim Teh berkata Malaysia dan Indonesia masih mempunyai simpanan minyak sawit yang mencukupi tanpa sebarang tanda ia akan berkurangan.

“Seperti biasa, permintaan akan datang dari China, India, Pakistan, negara Timur Tengah, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat,” katanya.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia akan mengeluarkan datanya untuk Januari 2025 pada Isnin, 10 Feb, 2025.

Berdasarkan asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Februari 2025 meningkat RM229 kepada RM4,781 setiap tan.

Kontrak Mac 2025 naik RM197 kepada RM4,601 setiap tan manakala April 2025 bertambah RM215 kepada RM4,504 setiap tan, Mei 2025 berkembang RM215 kepada RM4,504 setiap tan, Jun 2025 melonjak RM180 kepada RM4,320 setiap tan dan Julai 2025 menokok RM160 kepada RM4,261 setiap tan.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 375,637 lot daripada 162,072 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka naik kepada 227,401 kontrak daripada 219,710 kontrak.

Harga MSM fizikal untuk Februari Selatan bertambah RM170 kepada RM4,820 setiap tan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan