Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan disebabkan ketidaktentuan global.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng menjangkakan potensi peningkatan yang lebih tinggi jika indeks melepasi paras rintangan 1,520 dan bertahan untuk tempoh yang berterusan.
Paras melebihi 1,520 dan belian yang berterusan boleh menolak indeks ke arah 1,549-1,570.
“Bagaimanapun, kegagalan untuk mengekalkan paras 1,500 boleh mengakibatkan penurunan lagi ke paras 1,480. Bagi minggu depan, kami menjangkakan FBM KLCI akan berada dalam dalam julat 1,500-1,530,” katanya kepada Bernama
Bagi minggu dagangan singkat yang baru berakhir ini, kontrak Mac 2025, April 2025 dan Jun 2025 masing-masing jatuh 10 mata kepada 1,507.5, 1,509.5 dan 1,512.0, manakala September 2025 susut 12 mata kepada 1,499.0.
Jumlah dagangan susut kepada 60,103 lot daripada 38,095 lot pada minggu sebelumnya dan kepentingan terbuka naik kepada 49,602 kontrak daripada 41,973 kontrak minggu sebelumnya.
Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI merosot 27.43 mata kepada 1,512.15 daripada 1,547.27 pada minggu sebelumnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial