Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah berikutan peralihan sentimen geopolitik, kata Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.
Beliau berkata pasaran menjangkakan perkembangan diplomatik yang penting minggu ini ketika Amerika Syarikat mendesak gencatan senjata Rusia-Ukraine, yang menawarkan potensi penangguhan dan mendorong peniaga untuk melepaskan sebahagian lindung nilai risiko.
Bagaimanapun katanya ini bukan satu perubahan struktur dalam landskap makroekonomi.
Perang dagangan kekal sebagai cabaran ekonomi utama, dan memandangkan tarikh akhir bagi perubahan tarif pada 2 April semakin hampir, prospek pertumbuhan kembali menjadi tumpuan.
Innes berkata dalam keadaan ini, semakin tinggi tarif dikenakan, semakin dalam kesan buruk ekonomi, dan lebih besar potensi penurunan kadar oleh Rizab Persekutuan.
"Ini bererti sebarang penurunan harga emas dalam jangka pendek boleh mewujudkan peluang pembelian memandangkan strategi lebih luas yang kekal tidak berubah," katanya.
Kontrak bulan semerta Mac 2025 susut kepada US$2,992.80 setiap auns troy daripada US$2,999.60 Jumaat lepas manakala April 2025 merosot kepada US$3,003.10 daripada US$3,009.90 sebelum ini.
Kontrak Mei 2025, Jun 2025 dan Ogos 2025 masing-masing menyusut kepada US$3,013.10 setiap auns troy daripada US$3,019.90 setiap auns troy auns pada Jumaat.
Jumlah dagangan merosot kepada 26 lot daripada 419 lot manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 75 kontrak daripada 454 kontrak.
Berdasarkan penetapan oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 14 Mac, harga emas fizikal adalah US$2,978.05 bagi setiap auns troy.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial