KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan sokongan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM38.53 bilion daripada RM32.42 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam lebih rendah pada RM20.11 bilion berbanding RM22.07 bilion sebelum ini.
Terdahulu, bank pusat itu mengendalikan dua tender repo berbalik, tender repo berbalik semalaman dan tender repo berbalik Islam.
Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan belian semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh seminggu, sebulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM38.50 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM20.10 bilion, kedua-duanya bagi tempoh matang tiga hari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 14 Mac.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial