PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP RENDAH SUSULAN JANGKAAN PENGELUARAN YANG TINGGI

17/03/2025 10:03 PM

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini susulan jangkaan pengeluaran yang lebih tinggi dan kadar eksport yang lebih lemah pada minggu-minggu akan datang, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata eksport minyak sawit agaklembap disebabkan oleh peningkatan bekalan selain harga minyak-minyak sayuran yang murah, mengurangkan permintaan untuk minyak sawit. 

"Peningkatan pengeluaran mungkin berterusan sehingga suku ketiga tahun ini. Kami menjangkakan harga MSM mendapat sokongan pada RM4,300 satu tan dan rintangan pada RM4,510 satu tan," katanya kepada Bernama.

Pada penutup, bulan semerta baharu April 2025 merosot RM89 kepada RM4,605 ​​satu tan, Mei 2025 menurun RM110 kepada RM4,466 satu tan serta Jun 2025 jatuh sebanyak RM108 kepada RM4,366 satu tan.

Sementara itu, kontrak Julai 2025 rugi RM106 kepada RM4,269 satu tan, Ogos 2025 melemah sebanyak RM109 kepada RM4,195 satu tan dan September 2025 berkurangan RM112 kepada RM4,156 satu tan.

Jumlah dagangan menurun kepada 80,160 lot berbanding 88,944 lot yang disaksikan pada Jumaat sebelum ini, manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 250,640 kontrak daripada 248,014 kontrak.

Harga MSM fizikal untuk Mac Selatan pula susut RM50 pada RM4,800 satu tan.

-- BERNAMA


 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan