KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini berikutan peningkatan semalaman Wall Street.
Pada 12.30 tengah hari, FBM KLCI turun 5.35 mata kepada 1,512.31 daripada paras penutup 1,517.66 semalam.
Indeks petunjuk pasaran yang dibuka tinggi naik 4.74 mata kepada 1,522.40, mencapai paras tertinggi harian sebanyak 1,524.23.
Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 423 berbanding 361 manakala 428 kaunter lain tidak berubah, 1,225 tidak diniagakan dan 17 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan berjumlah 1.92 bilion unit bernilai RM1.13 bilion.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, TNB naik lapan sen kepada RM13.64, Press Metal dan SD Guthrie menambah dua sen masing-masing kepada RM5.02 dan RM4.85, MISC tidak berubah pada RM7.12, Maybank susut 12 sen kepada RM10.24, Public Bank merosot satu sen kepada RM4.53, CIMB susut dua sen kepada RM6.91 dan IHH Healthcare jatuh 33 sen kepada RM6.77.
Bagi saham aktif, Reneuco meningkat dua sen kepada enam sen, Pertama Digital dan Innature masing-masing naik satu sen kepada 18 sen dan 22.5 sen, bagaimanapun Sapura Energy menguncup 0.5 sen kepada empat sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 15.55 mata kepada 11,348.51, Indeks FBMT 100 turun 19.93 mata kepada 11,101.76, Indeks FBM Emas Shariah susut 0.61 mata kepada 11,058.18 manakala Indeks FBM 70 naik 47.49 mata kepada 16,307.70 dan Indeks FBM ACE meningkat 7.65 mata kepada 4,719.14.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.26 mata kepada 154.51, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 71.22 mata kepada 18,541.22, Indeks Perladangan berkurangan 4.68 mata kepada 7,432.69, bagaimanapun Indeks tenaga menokok 12.34 mata kepada 752.73.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial