PASARAN > BERITA

HARGA EMAS GLOBAL NAIK KE PARAS TERTINGGI BAHARU, KUKUHKAN NIAGA HADAPAN EMAS

20/03/2025 08:51 PM

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih kukuh pada Khamis, menjejaki pasaran emas global apabila harga melonjak ke paras tertinggi baharu sepanjang masa pada US$3,052 seauns.

Peningkatan itu adalah berikutan keputusan untuk Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengekalkan kadarnya.

Ketika ditutup, kontrak semerta bulan Mac 2025 meningkat kepada US$3,047.20 setiap auns troy daripada US$3,033.30 pada Rabu, manakala April 2025 menokok kepada US$3,057.50 daripada US$3,043.60 sebelumnya. 

Kontrak Mei 2025, Jun 2025 dan Ogos 2025 mengukuh kepada US$3,067.50 setiap auns troy daripada US$3,053.60 setiap auns troy pada Rabu.

Jumlah dagangan melonjak kepada 65 lot daripada 15 lot semalam, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 106 kontrak daripada 66 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 19 Mac, harga emas fizikal berada pada US$3,027.55 setiap auns troy.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan