Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Jumaat berikutan petunjuk lemah daripada rakan pasaran serantau dan harga minyak mentah penanda aras, kata seorang peniaga.
Beliau berkata sentimen pasaran terjejas akibat kebimbangan peniaga terhadap ketegangan geopolitik yang semakin meningkat dan ketidaktentuan ekonomi global.
"Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh kekurangan bahan mentah susulan musim daun getah luruh di negara pengeluar utama getah asli serta peningkatan harapan terhadap langkah rangsangan tambahan dari China," katanya kepada Bernama.
Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan setakat 3 petang, Getah Mutu Malaysia (SMR) 20 susut 4.5 sen kepada 880 sen sekilogram manakala lateks pukal merosot lima sen kepada 688.5 sen sekilogram.
-- BERNAMA
© 2025 BERNAMA • Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan