KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, disokong oleh pembelian dalam saham perbankan wajaran tinggi dan telekomunikasi dalam persekitaran sentimen pasaran yang bertambah baik.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 10.39 mata atau 0.69 peratus kepada 1,514.21 daripada 1,503.82 semalam.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 6.25 mata kepada 1,510.07.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 425 berbanding 361 dengan 419 kaunter tidak berubah, 1,231 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 1.95 bilion unit bernilai RM1.20 bilion.
Malacca Securities Sdn Bhd berkata saham teknologi dijangka kekal menjadi tumpuan.
Selain itu, ia menekankan peluang dagangan dalam saham yang dikaitkan dengan jenama automotif domestik, memetik jualan kenderaan lebih kukuh pada bulan Mac dan jangkaan peningkatan penghantaran menjelang sambutan Aidilfitri pada bulan April depan.
“Sementara itu, bekalan minyak Venezuela dijangka akan dibatalkan tidak lama lagidan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mungkin mengenakan tarif 25 peratus terhadap rakan dagang minyak yang berurusan dengan Venezuela.
"Digabungkan dengan sekatan AS-Iran sedia ada dan penurunan pengeluaran OPEC+ yang berterusan, ia dijangka menyokong persekitaran harga minyak mentah yang lebih kukuh," katanya dalam satu nota penyelidikan.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah 8.0 sen kepada RM10.24, CIMB Group meningkat 11.0 sen kepada RM7.03 dan Tenaga Nasional melonjak 4.0 sen kepada RM13.60.
Public Bank turun 3.0 sen kepada RM4.45, manakala IHH Healthcare merosot 2.0 sen kepada RM6.93.
Bagi kaunter aktif, Wawasan Dengkil, kemunculan kali pertama dalam Pasaran ACE jatuh 2.5 sen kepada 22.5 sen, Saudigold Group merosot 0.5 sen kepada 1.0 sen manakala Borneo Oil, EA Holdings dan Kinergy Advancement tidak berubah masing-masing pada 1.0 sen, 0.5 sen dan 33 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 84.30 mata kepada 11,347.39, Indeks FBMT 100 meningkat 85.94 mata kepada 11,108.53, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 86.47 mata kepada 11,070.24, Indeks FBM 70 menambah 164.50 mata kepada 16,289.19 manakala Indeks FBM ACE turun 6.36 mata mata kepada 4,736.15.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 102.16 mata kepada 18,456.21, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.71 mata kepada 152.76, Indeks Tenaga melonjak 6.85 mata kepada 753.95 manakala Indeks Perladangan merosot 8.99 mata kepada 7,437.92.
Sementara itu, telah meluluskan penggantungan dagangan bagi TradePlus MSCI Asia Ex Japan REITs Tracker Fund dan TradePlus DWA Malaysia Momentum Tracker Fund.
Penggantungan itu akan berkuat kuasa mulai 9.00 pagi pada 26 Mac 2025 untuk memudahkan proses penamatan kedua-dua dana dan akan kekal sehingga ia dinyahsenarai secara rasmi daripada Pasaran Utama.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial