Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, didorong oleh peningkatan dalam pengeluaran minyak sawit, menurut Fastmarkets Palm Oil Analytics.
Penganalisis kanannya Dr Sathia Varq memberitahu Bernama bahawa menurut Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA), pengeluaran MSM di Malaysia meningkat sebanyak 24.62 peratus dari 1 hingga 31 Mei, 2025, berbanding 1 hingga 30 April, 2025.
“Di peringkat serantau, Semenanjung Malaysia mencatatkan peningkatan tertinggi pada 28.06 peratus, diikuti Sabah pada 24.07 peratus dan Sarawak pada 11.37 peratus. Secara kolektif, Sabah dan Sarawak menyaksikan peningkatan pengeluaran sebanyak 20.76 peratus.
“Jumlah pengeluaran MSM untuk Malaysia bagi tempoh 1 hingga 31 Mei, 2025 dianggarkan sebanyak 1.73 juta tan metrik,” katanya.
Peniaga minyak sawit David Ng berkata niaga hadapan MSM ditutup rendah hari ini, dipengaruhi oleh kebimbangan yang semakin meningkat mengenai peningkatan pengeluaran dan paras stok di Malaysia dalam beberapa minggu akan datang.
Beliau berkata jangkaan peningkatan dalam pengeluaran, seiring dengan aliran menaik bermusim telah meningkatkan jangkaan inventori yang lebih tinggi, seterusnya menjejaskan sentimen pasaran.
“Kami melihat paras sokongan pada RM3,750 satu tan dan paras rintangan pada RM3,930 satu tan,” kata Ng.
Pada penutupan, Mei 2025 turun RM31 kepada RM3,889 satu tan, Jun 2025 jatuh RM52 kepada RM3,855 satu tan dan Julai 2025 merosot RM54 kepada RM3,827 setan, Ogos 2025 berkurangan RM59 kepada RM3,824 satu tan, September 2025 menguncup RM64 kepada RM3,824 setan, manakala Oktober 2025 jatuh RM69 kepada RM3,822 satu tan.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 53,012 lot daripada 68,810 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 263,667 kontrak daripada 232,901 kontrak sebelumnya.
Sementara itu, harga MSM fizikal untuk Mei Selatan jatuj RM100 kepada RM3,920 setiap tan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial