KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini disokong oleh perjanjian gencatan perang dagangan Amerika Syarikat (AS)-China, kata seorang peniaga.
Beliau berkata sentimen juga bertambah baik susulan pengukuhan dolar AS yang meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh tiga bulan.
Namun, beliau berkata kenaikan selanjutnya terhad oleh niaga hadapan getah serantau yang lebih lemah dan aktiviti perkilangan yang perlahan di Asia apabila peserta pasaran mencerna statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC).
"Pengeluaran getah asli global diunjurkan oleh ANRPC untuk meningkat sebanyak 1.3 peratus manakala permintaan dijangka berkembang sebanyak 0.8 peratus pada 2025 terutamanya disebabkan oleh pelarasan dalam pola pengeluaran dan penggunaan di Indonesia," katanya.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) menokok satu sen kepada 732.00 sen sekilogram manakala lateks pukal naik 0.5 sen kepada 566.00 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial