PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA RENDAH PADA TENGAH HARI

25/11/2025 02:13 PM

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) --  Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung mempengaruhi saham wajaran tinggi dengan pelabur menunggu pemangkin pasaran baharu.

Pada 12.30 tengah hari ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.41 mata atau 0.27 peratus kepada 1,614.44 daripada paras penutup 1,618.78 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.76 mata kepada 1,619.54, berlegar antara 1,615.24 dan 1,620.99 pada sesi itu.

Pasaran lebih luas adalah negatif dengan 491 kaunter rugi mengatasi 488 kaunter untung manakala 489 kaunter tidak berubah, 1,341 tidak diniagakan dan 40 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 2.86 bilion unit bernilai RM1.36 bilion.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga Nasional menambah dua sen masing-masing kepada RM9.98 dan RM13.06 manakala Public Bank tidak berubah pada RM4.30. CIMB turun satu sen kepada RM7.46 dan IHH susut empat sen kepada RM8.04.

Bagi saham paling akif, Velesto merosot satu sen kepada 25.5 sen, Polymer Link dan TWL naik 0.5 sen masing-masing kepada 25.5 sen dan tiga sen, Tanco melonjak dua sen kepada RM1.06 dan XOX Technology meningkat satu sen kepada 6.5 sen.

Saham paling untung menyaksikan MPI naik RM1.52 kepada RM33.18, BLD Plantation meningkat 60 sen kepada RM15.10, United Plantation melonjak 26 sen kepada RM28.62, KL Kepong menambah 20 sen kepada RM20.92 dan UWC menokok 18 sen kepada RM5.65.

Antara saham paling rugi, Nestle turun RM2.70 kepada RM109.30, Hong Leong Bank susut 92 sen kepada RM21.30; Malayan Cement merosot 36 sen kepada RM6.29, Maxis berkurangan 26 sen kepada RM4.10 dan Kelington rendah 24 sen kepada RM5.31.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 20.67 mata kepada 11,998.84, Indeks FBM Emas Shariah turun 21.91 mata kepada 11,973.91, Indeks FBMT 100 merosot 23.98 mata kepada 11,770.04, Indeks FBM ACE berkurangan 12.24 mata kepada 4,890.64, manakala Indeks FBM Mid 70 naik 0.79 mata kepada 16,941.99.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 71.23 mata kepada 18,465.69, Indeks Perladangan naik 8.54 mata kepada 8,226.11, Indeks Tenaga menambah 2.51 mata kepada 759.84 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.46 mata kepada 163.19. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan