PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP RENDAH

25/11/2025 06:59 PM

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai.

Pada penutup dagangan, kontrak November 2025 merosot satu mata kepada 1,616.5 dan Disember 2025 berkurangan dua mata kepada 1,618.0 serta Mac 2026 dan Jun 2026, masing-masing menurun 1.5 mata kepada 1,600.5 dan 1,604.0.

Jumlah dagangan naik kepada 38,960 lot daripada 27,359 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 85,271 kontrak daripada 68,120 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 7.04 mata atau 0.43 peratus kepada 1,611.74 daripada 1,618.78 semasa ditutup semalam.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan