KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi hari ini rendah dengan tekanan jualan ketara dilihat merentasi pasaran, selari dengan pergerakan pasaran serantau yang lemah susulan ketiadaan pemangkin baharu.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 11.70 mata atau 0.72 peratus, kepada 1,605.76 berbanding paras 1,617.46 ketika ditutup pada Khamis.
Indeks penanda aras yang dibuka 0.71 mata lebih rendah pada 1,616.75, bergerak antara 1,605.13 dan 1,617.26 sepanjang sesi.
Sentimen pasaran secara meluas mencatatkan prestasi negatif dengan 710 kaunter rugi berbanding 283 kaunter untung, manakala sebanyak 471 kaunter tidak berubah, 1,262 kaunter tidak diniagakan dan 48 kaunter digantung.
Jumlah dagangan mencapai 2.64 bilion unit bernilai RM1.45 bilion.
Antara saham wajaran tinggi, Maybank kekal pada RM9.98, Public Bank susut dua sen kepada RM4.33, CIMB naik satu sen kepada RM7.49, Tenaga Nasional merosot 10 sen kepada RM13.18 dan IHH meningkat tiga sen kepada RM8.26.
Kaunter paling aktif, Foodie Media naik 12 sen kepada 42 sen, Eastern & Oriental susut 6.5 sen kepada 69.5 sen, Tanco meningkat dua sen kepada RM1.13, TWL kekal pada 2.5 sen dan Perak Transit merosot satu sen kepada 26.5 sen.
Kalangan kaunter untung pula BLD Plantation meningkat 60 sen kepada RM15.50, Allianz naik 28 sen kepada RM18.96, Hong Leong Industries bertambah 16 sen kepada RM15.20, DKSH naik 15 sen kepada RM5.20 dan IOI Properties meningkat 14 sen kepada RM2.57.
Sementara itu, kaunter rugi utama, Nestle susut RM1.60 kepada RM107.40, MPI merosot 68 sen kepada RM32.32, United Plantations turun 42 sen kepada RM28.20, manakala YTL Power dan PPB masing-masing merosot 28 sen kepada RM3.28 dan RM11.02.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 86.48 mata kepada 11,934.18, Indeks FBM Emas Shariah susut 95.69 mata kepada 11,905.54, manakala Indeks FBMT 100 merosot 83.07 mata kepada 11,718.62.
Indeks FBM Mid 70 turun 109.90 mata kepada 16,917.54 dan Indeks FBM ACE susut 41.22 mata kepada 4,815.44.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 24.91 mata kepada 18,532.78, Indeks Perladangan turun 48.67 mata kepada 8,081.57, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.25 mata kepada 164.22, manakala Indeks Tenaga merosot 3.48 mata kepada 752.45.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial