PASARAN > BERITA

AKTIVITI AMBIL UNTUNG ASAK BURSA MALAYSIA DITUTUP RENDAH

03/12/2025 07:01 PM

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri momentum peningkatannya selama dua hari berturut-turut apabila ditutup rendah hari ini ketika pelabur mengambil untung di tengah-tengah sentimen berhati-hati, sekali gus memaparkan prestasi penyusutan pasaran serantau.

Pada jam 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.76 mata atau 0.48 peratus kepada 1,622.84 daripada paras 1,630.60 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu yang dibuka menokok 0.86 mata kepada 1,631.46 bergerak dalam julat 1,617.79 hingga 1,632.95 sepanjang dagangan hari ini.

Bagaimanapun, sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 584 berbanding 523, sebanyak 541 kaunter tidak berubah, 1,056 tidak diniagakan dan tujuh lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 3.28 bilion unit bernilai RM2.30 bilion daripada 3.93 bilion unit bernilai RM3.32 bilion, semalam.

Pengarah, Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata kaunter telekomunikasi dan media menerajui penurunan konstituen indeks manakala kaunter produk dan perkhidmatan perindustrian menjadi penyumbang kenaikan.

“Walaupun 22 saham komponen berakhir dalam wilayah negatif, indeks penanda aras masih kekal positif setakat ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kitaran dagangan global menyaksikan tumpuan ke arah ke Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur menunggu pengumuman dua laporan ekonomi penting melibatkan perdagangan Amerika Utara -Perubahan Pekerjaan ADP AS dan Indeks Pengurus Pembelian perkhidmatan Institute of Supply Management (ISM) bagi November.

“Laporan ADP itu dijangka menunjukkan majikan swasta hanya menambah penggajian 10,000 pekerja yang merupakan kemerosotan ketara daripada 42,000 yang dicatatkan pada Oktober.

Selain itu, data ISM pula dijangka lemah kepada 52.1 daripada 52.4 sebelum ini dan sebarang tanda-tanda kurang memberangsangkan, terutama angka tenaga kerja swasta, akan hanya menguatkan lagi jangkaan bahawa pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) mungkin cenderung terhadap penurunan kadar faedah pada mesyuarat dasar bulan ini.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Public Bank untung 3.0 sen kepada RM4.44, Tenaga Nasional menokok 10 sen kepada RM12.84, Maybank susut 8.0 sen kepada RM10.26, CIMB berkurangan 5.0 sen kepada RM7.95 manakala IHH Healthcare kehilangan 9.0 sen kepada RM8.27.

Bagi saham paling aktif, Tanco naik 3.0 sen kepada RM1.14, D&O Green Technologies menambah 7.0 sen kepada 83.5 sen, Capital A turun 1.0 sen kepada 39 sen, V.S. Industry meraih 1.5 sen kepada 46 sen dan Zetrix AI hilang 2.0 sen kepada 81.5 sen.

Kaunter paling untung didahului Malaysian Pacific Industries yang melonjak RM1.24 kepada RM32.58, KESM Industries menambah 27 sen kepada RM3.13, Scicom (MSC) naik 26 sen kepada RM1.48, Ideal Capital meraih 25 sen kepada RM3.65 dan Chin Teck Plantations untung 22 sen kepada RM11.02.

Sebaliknya, kaunter dengan kerugian ketara adalah Nestle yang merosot RM3.60 kepada RM116.60, Fraser & Neave turun RM1.24 kepada RM35.12, Petronas Dagangan susut 72 sen kepada RM19.94, Petronas Gas berkurangan 22 sen kepada RM17.48 dan Spritzer kehilangan 12 sen kepada RM2.92.

Di papan indeks pula, Indeks FBM ACE menokok 29.22 mata kepada 4,810.09, Indeks FBM Mid 70 naik 36.65 mata kepada 16,762.65, Indeks FBM Emas susut 29.53 mata kepada 12,001.76, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 31.74 mata kepada 11,816.38 dan Indeks FBMT 100 turun 36.20 mata kepada 11,785.39.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 6.97 mata kepada 8,098.07, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 1.92 mata kepada 19,109.06, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.08 mata kepada 166.04 dan Indeks Tenaga menguncup 0.46 mata kepada 749.95.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 1.32 bilion unit bernilai RM1.96 bilion daripada 1.65 bilion unit bernilai RM2.94 bilion, semalam.

Perolehan waran menguncup kepada 1.60 bilion unit bernilai RM205.05 juta berbanding 1.89 bilion unit bernilai RM249.52 juta, semalam.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan turun kepada 349.14 juta unit bernilai RM124.85 juta berbanding 384.24 juta unit bernilai RM126.05 juta sebelum ini.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 254.61 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (251.81 juta), pembinaan (77.23 juta), teknologi (165.04 juta), perkhidmatan kewangan (71.18 juta), hartanah (175.28 juta), perladangan (50.77 juta), amanah pelaburan hartanah (18.47 juta), dana tertutup (1,100), tenaga (81.87 juta), kesihatan (84.23 juta), telekomunikasi dan media (29.51 juta), pengangkutan dan logistik (31.27 juta), utiliti (31.16 juta), dan amanah perniagaan (328,900).

Sementara itu, Bursa Malaysia Bhd mengumumkan pertukaran nama REX Industry Bhd kepada ETA Group Bhd dan REX Industry Bhd – Waran 2022/2027 kepada ETA Group Bhd – Waran 2022/2027, berkuat kuasa jam 9 pagi pada 8 Disember 2025.

Kod saham syarikat berkenaan bagaimanapun kekal tidak berubah.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan